let's join this!!!

Saturday, March 26, 2011

kemangkatan bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah

Posted by zuraidah ismail at 11:05 AM
walaupun da beberape hari berita ni, tetap nak post jugak bz yang teramat sangat tak sempat nak updated blog..., sebab eida berade di terengganu...
KUALA LUMPUR, 21 Mac – Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada pukul 1.22 pagi tadi.
Kemangkatan baginda, 78, diumumkan Setiausaha Sulit Kanan Yang di-PertuanAgong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan di sini hari ini. Mohd Zuki turut memaklumkan bahawa jenazah almarhum akan dibawa pulang ke Kuala Terengganu melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
Jenazah almarhum berlepas dari pengkalan itu kira-kira 10.45 pagi ini menggunakan pesawat C130 TUDM. Mengiringi jenazah ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang berlepas dari pengkalan itu dengan pesawat khas.
Antara yang turut berada di Pengkalan TUDM ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, TimbalanPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri SidekHassan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Jenazah akan dibawa ke Istana Maziah, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu hari ini, rakyat jelata diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir bermula pukul 1 petang sehingga 2.30 petang.
Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja di perkarangan MasjidAl-Muktafibillah Shah, Ladang petang ini.
Almarhum Tengku Bahriya yang diputerakan pada 31 Ogos 1933 di Klang Selangor berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud yang pada masa itu bergelar Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda pada 22 Mac 1952 di Kuala Lumpur.
Almarhum selepas itu dikurnia gelaran Tengku Puan Muda oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 7 April 1954 dan dilantik menjadi Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 20 September 1979.
suasane kat sini macam biase je... cume nampak lah hanya kakitangan kerajaan je yang berkabung... dulu mase kemangkatan sultan johor, memang terase giler berkabung tu... kua umah je mesti akan nampak orang bersongkok & pakai tudung puteh.. untuk yang bukan islam plak ade lilit kat lengan.. ni eida tengok biase je kat sini, eida pelik, tak pe lah eida perantauan je, kang lebih2 kalah rakyat ni..hehhehe.. even lect kat u eida pon tak pakai songkok... pas beberape ari, kami dapat email dari umt, begini bunyinye:
---------------------------- Original Message ----------------------------
Subject: [Warga_UMT] PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 12 TAHUN 2011
From:    "Nurhaida binti Mohamed Lela" <>
Date:    Thu, March 24, 2011 4:17 pm
To:      warga_umt@group.umt.edu.my
--------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Y. Bhg. Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 12 TAHUN 2011 - PERKABUNGAN ATAS
KEMANGKATAN YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN BARIAH BINTI ALMARHUM SULTAN
HISAMUDDIN SHAH ALHAJ

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa diisytiharkan perkabungan selama
empat puluh hari (40) di atas kemangkatan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan
Bariah (D.K, S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Selangor) binti Almarhum Sultan
Hisamuddin Alam Shah Alhaj kepada semua pegawai dan kakitangan
Perkhidmatan Awam Negeri/Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun di dalam
Negeri Terengganu. Semua pegawai dan kakitangan adalah dikehendaki
menghormati perkabungan ini mulai 21 Mac 2011 sehingga 29 April 2011.

Peraturan Pakaian:

      a) Bagi pegawai dan kakitangan Lelaki Melayu, memakai songkok
          berlilit kain putih berukuran 1 inci;

      b) Bagi pegawai dan kakitangan Wanita Melayu, berselendang/kain
          tudung berwarna putih;

      c) Bagi pegawai dan kakitangan Bangsa lain, bertali leher hitam
          atau lilitan lengan hitam (armband) di sebelah kanan (bagi lelaki)
          dan lilitan lengan hitam (armband) bagi wanita;

      d) Bagi Polis dan Tentera menurut cara pemakaian yang telah
          ditetapkan oleh peraturan masing-masing.

Pengibaran Bendera:

Semua Bendera Negeri dan lain-lain Bendera KECUALI Bendera Malaysia (Jalur
Gemilang) di Jabatan-jabatan dan Bangunan-bangunan Kerajaan Negeri,
Persekutuan, Badan-badan Berkanun serta Pihak Penguasa Tempatan,
Bangunan-bangunan Perniagaan, Perusahaan dan Kediaman hendaklah
mengibarkan bendera setengah tiang.

Perhimpunan Ramai dan Pertunjukan Hiburan:

Sebarang perhimpunan ramai dan majlis-majlis atau acara-acara anjuran
Kerajaan dan Bukan Kerajaan yang berunsurkan hiburan ADALAH DITEGAH di
adakan di seluruh Negeri Terengganu Darul Iman kecuali majlis-majlis atau
acara-acara yang berunsurkan keagamaan, pendidikan, riadah dan ilmiah.

3.        Sehubungan itu, diharap semua warga UMT dapat menghormati dan
mematuhi arahan tersebut.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

---

Nurhaida binti Mohamed Lela
Seksyen Governan, Pejabat Pendaftar
b/p Pendaftar
09-668 4133

hmmm so lect pon kene lah berkabung kan...:) nak tengok next week ade tak lect yang berkabung...
cumel tak kami berkabung;)

0 celoteh on "kemangkatan bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah"

Post a Comment

0 celoteh;):

Post a Comment

All About My LIFE Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal